Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Friday, January 8, 2010

Kuala Lumpur yang aku dambakan

Walau bagaimana bencinya aku kepada Kuala Lumpur, sampai masa dan waktunya aku akan tetap menghadirkan diri di Kuala Lumpur. Semua urusan bermula di Kuala Lumpur dan akan berakhir di Kuala Lumpur. Pada mulanya aku cukup takut dengan kesibukkan keadaan lalulintas dan sistem jalanraya di Kuala Lumpur tetapi kini setelah hampir dua bulan tinggal dan berurusan di Kuala Lumpur secara aktif, aku tidak lagi janggal dengan keadaan dan situasi di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur di penuhi dengan orang yang sibuk mencari rezeki dengan pelbagai cara dalam berbagai urusan. Semuanya disebabkan demi mencari rezeki samada dengan cara baik atau tidak baik. Sikap orang Kuala Lumpur yang berlumba-lumba mencari rezeki tanpa mengira masa dan tempat juga mencuri perhatianku. Kesibukkan bandaraya Kuala Lumpur dengan lalulintasnya dan pembangunannya melambangkan kemajuan yang sedang dicapai oleh negara ini. Inilah tamadun negara kita Malaysia.

No comments:

Post a Comment