Semua penyakit ada ubatnya. Banyak penyakit yang tidak dapat diubati kerana disedari kehadirannya sudah terlewat atau sudah parah. Atau penyakit yang datangnya secara tiba-tiba. Atau pesakit tidak sedar bahawa beliau sedang sakit. Samada cetek ilmunya atau beliau mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Jika kita tercucuk jarum yang halus sekalipun, kita akan berasa sakit yang amat sangat. Inikan pula jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan patah tubuh badan.
Oleh itu jagalah diri, sayangi diri dan lindungi diri dari sebarang akibat yang boleh memudaratkan dari segi jasmani dan rohani. Ingatilah akan arah tuju kita semua dan matlamat hidup ini. Tingkatkan ilmu untuk terus hidup yang berjaya dan berjasa kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment