Walaupun aku pernah merokok tetapi aku lebih utamakan keluargaku. Bukan disebabkan harganya atau kesihatanku tetapi aku menganggap merokok adalah satu tabiat yang amat buruk yang aku pernah lakukan dulu. Aku mengambil keputusan untuk tidak merokok lagi semasa bercuti di Bentong dan Frezer Hill beberapa tahun dulu. Ini disebabkan aku sememangnya tidak merokok semasa bersama keluarga baik di rumah atau dalam kereta. Tetapi semasa diluar rumah atau semasa bekerja aku juga merupakan perokok yang tegar. Setelah berhenti merokok aku menjadi sangat sensitif dengan asap rokok. Aku menganggap perokok-perokok ini sebagai virus perosak kerana ia bukan saja merosakkan diri sendiri tetapi juga orang sekeliling. Tetapi aku juga percaya bahawa jika seseorang itu telah menjadi perokok maka berkemungkinan besar seumur hidupnya akan menjadi hamba rokok kerana sepatutnya kita yang mangawal diri kita dan bukannya benda lain. Ia juga seperti haiwan peliharaan atau jin belaan. Selagi benda tersebut ada dan hidup maka kitalah hambanya kecuali jika kita tidak memerlukannya lagi dan dapat menghindari diri darinya.
Jadilah hamba Allah dan jangan sesekali menyekutukannya melalui perbuatan kita, percakapan kita atau fikiran kita. Kita akan sesat jika kita terlalu taasub kepada sesuatu benda atau perkara.
No comments:
Post a Comment