Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Wednesday, January 6, 2010

Sekolah Asrama Penuh

Banyak baik dari buruk bersekolah di sekolah asrama penuh. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang kedua-duanya keluar mencari rezeki setiap hari. Hanya sempat menghantar anak ke sekolah pada sebelah pagi. Selebihnya diuruskan sendiri oleh anak mereka. Yang amat dikuatiri adalah pada waktu jam 2.00 pm hingga jam 7.00 pm. Kemanakah mereka pergi? Apa yang sebenarnya mereka lakukan? Bagaimana pula dengan makan tengaharinya dan minum petangnya. Siapa rakan-rakan mereka? Tidak terpengaruhkah mereka jika setiap hari terdedah kepada perkara yang negatif dan tidak sihat? Mereka juga bebas membuat sebarang keputusan tapi rujukan ibubapa. Jika mereka melakukan perkara yang salah, mengakukah mereka apabila ditanya atau disoal kerana jawapan mereka semestinya tidak digemari oleh ibubapa mereka. Kita yang membenarkan mereka belajar menipu melalui pengalaman mereka.

Di sekolah asrama penuh rutinnya pelajar dipenuhi dengan jadual belajar dan aktiviti sekolah dengan kawalan guru-guru, warden dan jaga sekolah 24 jam. Ia bergantung kepada kualiti sekolah tersebut. Lebih tinggi tahap kualitinya maka lebih ketat jadual dan aktiviti sekolah mereka. Disiplin memainkan peranan mengawal dan mendidik pelajar patuh dan hormat kepada undang-undang. Setiap perkara mesti ada hadnya kerana perkara yang tiada had adalah perkara yang tidak boleh dikawal.

Didiklah anak-anak kita supaya mereka tahu siapa diri mereka serta berdiri dan berpijak diatas bumi yang nyata. Jangan takut berkata tidak atau tidak boleh kepada anak kita kerana inilah kekuatan dan kuasa ibubapa kepada anak-anak mereka sebelum anak-anak kita berkata tidak atau tidak boleh kepada kita. Jika sudah terlewat jadilah kita ibubapa yang gagal.

No comments:

Post a Comment