Dengan tiga anak di sekolah menengah dan tinggal di asrama bersama dua lagi anak di tahap dua sekolah rendah, terasa besar belanja persekolahannya pada tahun ini. Bermula dari membeli pakaian dan kasut sekolah pada akhir cuti sekolah lepas, membeli buku dan bayaran berkaitan sekolahnya semasa daftar awal tahun dan bayaran yuran Kafa serta tuisen yang bakal diikuti dirasakan terlalu besar tanggungannya bagi yang berpendapatan sederhana. Ini belum termasuk dengan belanja harian mereka lagi. Adakah ia berbaloi dengan pulangannya kemudian hari seperti adakah pendidikan sekarang ini boleh menjamin mereka untuk menjadi rakyat yang berjaya setelah mereka dewasa. Sememangnya menjadi kewajiban bagi ibu bapa memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi kosnya terlalu tinggi. Bukankah pendidikan sepatutnya diberikan subsidi oleh kerajaan sebagaimana negara-negara maju.
No comments:
Post a Comment