Sekali lagi dapat masuk ke Gambang Water Park bersama anak-anak. Baru rasa seronok sebab kurang pengunjung. Bebas sikit nak main kat mana, nak main apa. Walaupun datang lambat pada petang Jumaat, tapi masih sempat main macam-macam. Endingnya main kat ombak. Kuat sungguh ombak macam tepi pantai cuma kurang angin sepoi-sepoi. Alunannya boleh meloyakan perut yang masuk angin atau kosong. Puas anak-anak dapat main air kat sini. Tetapi kecewa sedikit kerana masih ada perangai orang yang tak bertamadun yang masih dibawa kedalam tempat yang serba canggih ini. Walaupun cuma selipar yang dicuri tetapi ia sangat mengecewakan dan mungkin akan datang berjangkit kepada perkara dan benda yang lebih besar dan berharga. InsyaAllah lain kali bolehlah enjoy lagi dengan keluarga yang lebih besar dan lebih waspada.
No comments:
Post a Comment