Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, January 16, 2010

Kenapa kita selalu lupa

Sebenarnya sifat manusia yang sememangnya mempunyai kelemahan seperti lupa, cuai, terlepas pandang, tak ingat atau berbagai perkara lagi kecuali Rasullah yang maksum. Kita akan ingat sesuatu perkara itu jika ia selalu bermain difikiran kita atau kita berulangkali melakukan perkara yang sama atau sememangnya kita ingin mengingatkan perkara tersebut. Jika tidak sesuatu perkara itu akan perlahan-lahan meninggalkan kita sehingga kita menginginkannya semula dengan cara menggunakannya. Tetapi disebabkan peredaran masa dan zaman sesuatu perkara itu tetap akan berubah samada menjadi semakin baik atau buruk. Penambahbaikan kepada perkara yang lama dengan inovasi dan kreativiti atau mewujudkan sesuatu yang baru melalui teknoloji untuk mengantikan sesuatu yang tidak lagi sesuai digunakan akan tetap berlaku samada kita sedar atau tidak, suka atau tidak suka.

Diri kita juga perlu berubah menjadi semakin baik dengan ilmu dunia dan akhirat. Teruskan menambah ilmu kerana ilmu itu tiada sempadan dan hadnya. Apa yang kita ingat atau lupa tidak lagi penting pada zaman sekarang kerana kecerdikan berfikir dengan baik dan sokongan IT serta media cetak perkara tersebut dapat disimpan untuk jangkamasa yang lama dan boleh digunakan bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment