Fitnah sesuatu yang amat dilarang dalam masyarakat dan agama. Kebiasaannya fitnah dibuat untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan diri. Atau ia juga boleh dibuat dengan sokongan kumpulan tertentu demi kepentingan golongan tersebut. Fitnah amat jahat. Ia seperti membunuh tanpa senjata dengan tuduhan yang sengaja diada-adakan bersama bukti yang dibuat-buat atau direka. Golongan yang menyebarkan fitnah ini amat berbangga dengan kerjaya mereka kerana mereka mendapat imbuhan dari kejatuhan seseorang itu. Kenapa perkara ini semakin berleluasa? Berkemungkinan ia disokong oleh golongan yang mempunyai pengaruh dan takut pengaruh mereka tergugat. Atau kumpulan yang mempunyai ego yang tinggi dengan kuasa yang ada dan sesuka hati mengguna kuasa mereka. Tetapi percayalah semua ini ada baik buruknya. Walaupun kita kalah hari ini tetapi ia tidak bermakna mereka menang, cuma mereka boleh bersuka ria meraikan kemenangan itu untuk sementara waktu sebelum ia ditarik semula oleh yang lebih berkuasa dan hak.
No comments:
Post a Comment