Apa yang dicari oleh usahawan adalah peluang untuk menceburi perniagaan yang sesuai yang kurang risikonya. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang telah direka dan diusahakan samada telah berjaya atau gagal. Timbul juga usahawan yang memulakan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain iaitu pelabur. Ini dapat meringankan tanggungan kewangan tetapi tidak selamat kerana apa yang dirancang dan didokumentasikan lain dengan tujuan pengusaha tersebut. Ia juga amatlah berisiko kerana pengusaha bebas melakukan apa saja termasuklah menyeleweng kerana beranggapan syarikat tersebut adalah kepunyaanya. Kebiasaannya projek tak jalan dan wang lesap. Ini bermakna usahawan itu telah memperdayakan usahawan lain iaitu pelabur dengan konsep perniagaan yang direka tetapi tidak dusahakannya dengan betul.
Kerajaan telah menyediakan agensi-agensinya untuk berfungsi membantu menyediakan peluang perniagaan untuk usahawan. Konsepnya jelas, sama seperti peneroka Felda. Mereka diberikan peluang dengan tanah, jenis tanaman, tempat tinggal dan kemudahan lain. Hasil dari peneroka tersebut diuruskan oleh Felda termasuk pengurusan, kewangan dan pemasaran. Ini bermakna perkongsian perniagaan dengan bantuan organisasi tertentu.
Kenapa FAMA tidak berusaha menyediakan usahawannya sendiri. FAMA boleh bertindak sebagai koordinasi iaitu penyelaras dengan menyediakan kemudahan asas dan pengurusan terutamanya pemasaran. Banyak agensi lain juga boleh berperanan seperti itu dan sebahagian darinya telah berperanan tetapi sekerat jalan. Tetapi konsepnya mestilah kepada hak milik usahawan tersebut jika tidak ia akan menjadi seperti bekerja dan sukar untuk berkembang. Difahamkan juga bahawa agensi ini juga tiada tenaga mahir untuk melaksakan peranannya kerana mereka hanya bersikap bekerja makan gaji dan sumbangannya amatlah terhad. Kebiasaanya staf jabatan hanya mencari peluang untuk diri sendiri dan tidak berperanan sebagai orang tengah.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment