Membawa anak-anak dan keluarga beriadah sambil bermain air di Bukit Gambang amat memenatkan tetapi disitulah timbul keseronokkan dan kemesraan keluarga. Dirasakan tempat tersebut agak kecil, mahal, kurang tempat keluarga untuk melepak dan semuanya perlu dibayar. Perlukah mengenakan caj kepada setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan semata-mata untuk keuntungan. Keselesaan pengunjung juga perlu diambil berat demi memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah merasa keseronokkan sebagaimana niat asal pemaju membangunkan kawasan tersebut. Jangan samakan Bukit Gambang dengan Theme Park yang lain kerana ia akan menjadi eksklusif dan penduduk tempatan tidak mampu untuk mengunjunginya pada masa depan.
Orang bandar merasakan caj tersebut murah bila membandingkannya dengan Theme Park yang sedia ada tetapi orang tempatan yang asalnya menggunakan alam semula jadi yang semuanya percuma tiba-tiba dikenakan caj yang agak tinggi tentulah terkejut.
Warisan semulajadi di Gambang adalah hak eksklusif penduduk Pahang jadi hormatilah mereka sebagaimana mereka merelakan pemaju untuk membangunkannya. Semoga Theme Park tersebut memberi impak yang positif kepada rakyat Negeri Pahang.
Pengajaran Banjir
15 years ago



No comments:
Post a Comment