Terima kasih kerana mengingatkanku tentang umurku yang semakin meningkati. Tiada apa yang dapat menghalangnya. Ini menyedarkanku akan kebesaran Allah taala yang maha berkuasa dan bijaksana. Aku bersyukur dengan pemberiannya dan pelindungannya selama ini. Walaupun tiada majlis yang diadakan tetapi ia sudah cukup membuatku semakin bersemangat untuk menghadapi hari esok. Semoga hari esokku semakin cerah dan ceria dan semestinya lebih baik dari hari ke hari. Keluarga adalah hadiah yang paling bermakna dan istimewa terutamanya kasih sayang dan dorongan yang selama ini aku terima. Aku amat menghargainya.
No comments:
Post a Comment