Kenapa kita boleh melaksanakan sesuatu perkara atau akur dengan arahan. Setiap perkara itu mestilah ada hadnya. Kita sendiri yang menentukan had sesuatu perkara mengikut kemampuan kita atau sesuatu yang telah ditentukan hadnya oleh pemerintah atau organisasi. Antaranya undang-undang negara dan peraturan tambahan seperti lalulintas atau jalanraya dan peraturan bekerja. Had dapat mengawal kita supaya tidak keterlaluan atau melampuai bidang kuasa atau kemampuan kita. Atau jika tidak dikawal akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat, negara atau agama. Setiap orang mempunyai lingkungannya sendiri samada keupayaannya atau bidang kuasanya. Daripada individu ia akan membentuk keluarga, kumpulan, golongan, masyarakat, daerah, negeri dan negara. Begitulah ia terbentuk dengan sendiri samada secara formal dan tidak formal. Oleh itu kita hendaklah tahu lingkungan diri kita dan keupayaan serta kebolehan bidang kuasa dan tanggungjawab kita. Ini dapat membantu kita meningkatkan sesuatu perkara dengan lebih senang, jelas dan teratur. Kita terpaksa untuk hidup kerana kita hendak hidup jika tidak kita tidak boleh hidup dengan kehidupan lain. Penguatkuasaan adalah undang-undang yang telah ditetapkan keatas kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita.
No comments:
Post a Comment