Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Tuesday, January 5, 2010

Boling bersama keluarga

Permainan boling telah menjadi permainan indoor bagi keluarga. Terdapat ramai keluarga menggunakan masa lapang mereka bermain boling samada di hujung minggu atau pada sebelah petang dan malam pada hari kerja biasa.

Kami sekeluarga juga mengambil kesempatan bermain boling. Amat menyeronokkan kerana anak-anak perlu didedahkan secara positif terhadap kegiatan luar mereka. Mungkin kosnya tinggi sedikit daripada permainan biasa tetapi ia lebih selesa. Mungkinkah gelanggang boling akan dirakyatkan pada masa depan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada keluarga dan orang ramai beriadah secara sihat dan terbuka. Dengan menyediakan ruang yang lebih luas dan terbuka dapat menarik minat lebih ramai orang untuk mengunjunginya.

Sekarang pun dah penuh dan beratur menunggu giliran untuk bermain. Mereka yang profesional dan ahli sudah memadai memenuhi pusat boling tersebut. Jika terdapat pertandingan maka pengunjung lain terpaksalah berputih mata.

No comments:

Post a Comment